Just Another Girl
Hello. It's me Cira.
Breathing is the hardest way when we see our love. Hardest thing is when this feeling is getting stronger day by day. Some people said, fall in love is so easy. But leaving isn't. For me, fall in love cannot be easy as you take your underwear off.

Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: Cira

HURT AND PAIN-NESS
Saturday, 19 January 2013 | 07:04 | 0 comments

I MISS 5RC/TM (2012)
Thursday, 17 January 2013 | 01:06 | 0 comments
Ehemm assalamualaikum. First update of 2013. Lama ngek tak update dah bersarang tikus bersarang labah-labah dah blog aku ni urm tak percaya sudah. So, dah tahun 2013 and I'm getting older. Orang kata tahun ni aku 18 laa kan. Ok lah aku memang 18. But unofficially 18 haha. Apa? Birthday aku bulan October so lambat lagi lah (ehem muda lagi la aku). Membebel pasal umur ni sampai esok takkan habis. Bismillahirahmanirrahim. Rindu kat kelas aku. Rindu kat sekolah. Rindu kat cikgu cikgu yang mengajar 5RC/TM. Paling rindu dekat budak kelas aku.
Tu baru sebahagian dari warga 5RC/TM. Time tu kat Teluk Batik kitorang buat barbeque kat sana. Baru je lepas habis SPM masa tu. Al maklumlah dah merdeka masa tu penat kami berperang dalam dewan peperiksaan. Kelas kitorang paling ramai antara kelas kelas lain. Kelas kitorang special sikit sebab kelas bergabung meletop ahh~ Rekacipta plus Teknologi Maklumat. Cikgu kitorang semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa best!!!! (ter-over) Rindu nak gelak gelak dalam kelas waktu kelas Mathematic with Teacher Chiew hew hew~ Rindu nak makan ayam dalam kelas waktu kelas Addmath ada Cikgu Zuraini yang cantik dan baik!! (rindu cikgu sangat sangat hm). Teringat waktu kitorang ramai tak buat homework Teacher Faradzillah and teacher said "finish your homework on the floor" And budak lelaki semua "on the floor~ on the floor~" (lagu Jlo) Sambil buat kerja on the floor dalam kelas, teacher mengajar. Kitorang belajar on the floor laaaa haha rinduuuuuuuuuu!
Okay ni paling best. Kelas kimia. Rindu Cikgu Zainun! Hihi kelas kimia lah paling best. Paling best nak ponteng. Masuk dalam makmal after beberapa minit lepastu mintak nak pergi tandas. Bukan nak pergi berak ke apa ke, nak jalan jalan satu sekolah. Kimia sangat membosankan!!!! Mengantuk je duduk dalam tu. Ubat tidur betul! Kalau budak lelaki lagi lah, suruh budak lain ketuk pintu mintak kebenaran kat cikgu zainun and said cikgu salleh (cikgu disiplin) nak jumpa diorang la apa la padahal menipu je semua tu (kadang kadang betul). Itu cara nak ponteng kelas kimia ye anak anak. Jangan tiru aksi ini ye? Eleh ada jugak yang masuk tapi tak belajor pun, dok tidur je kerjanya. Kelas tambahan pun aku lagi malassssss nak pergi. Ye itulah aku hihi.
Ini gambar kitorang time Hari Graduasi.(ramai lagi sebenarnya yang takada dalam gambar)

BIRTHDAY HASYIMAH
Thursday, 24 May 2012 | 23:30 | 0 comments
Ehem ehem. Harini 25 May 2012 bersamaan dengan hari Jumaat. Last sekolah sebelum cuti dua minggu. Harini birthday Syimah yeay dia dah 17 tahun. Tahniah tahniah hehe. Untunglah dah tua haha! Sebagai hadiah, aku bagi dia kek coklat yang kecil saja. Nak cari cupcake tak jumpa pulak. Kek pun kek lah. By the way HAPPY BIRTHDAY HASYIMAH!!!! *flying kiss* Semoga kau bahagia dengan si ungka tu. Eh eh bukan ungka, tapi Muhammad Azim kan hahaha okay sorry :P

Selamat Hari Jadi semoga panjang umur dan dapat keputusan SPM yang cemerlang!











NO HOLIDAY
Sunday, 20 May 2012 | 04:03 | 0 comments
Assalamualaikum. Hi hm berdasarkan title diatas, cuti bulan 5 ni kan dua minggu. Minggu pertama aku ada kelas, Tu takapalah ingatkan minggu kedua boleh ah cuti rehat jap kan. Ingat nak pergi Ipoh minggu kedua tu. Tapi, tetiba pulak cikgu Rekacipta kata minggu kedua dia nak buat kelas. Tanya cikgu, asal tak buat minggu pertama? Cikgu pergi Ipoh minggu pertama. Haa eloklah cikgu pergi minggu pertama. Aku pergi minggu kedua then terpaksa batal segala perancangan aku nak pergi Ipoh. Kena buat projek der. Kalau tak buat tak siapkan mana boleh. Kurang ah markah nanti. Alahai padanlah muka aku takada cuti. Minggu pertama ada kelas Sejarah, Fizik dengan Kimia. Minggu kedua tiga hari berturut turut ada kelas Rekacipta. Terbaik lah bangang beruk orang utan anjing buaya kuda harimau burung khinzir dan sewaktu dengannya. Hah pebenda aku merepek ni? Okay apa apa jelah. YES PADAN MUKA TAKADA CUTI YEAYYYYYY :'(



PERSAHABATAN
Friday, 4 May 2012 | 01:25 | 0 comments
Persahabatan bermula bila kita start kenal dia. Bertanya namanya walaupun masih berasa segan. Seganlah kan sebab tak pernah kenal pun sebelum ni. Daripada bertanya nama, dari situlah persahabatan bermula. Bila dah betul betul kenal masing masing, jadi rapat. Semua benda kalau boleh nak buat sama sama kan. Indahnya ada kawan. Indah lagi bila ada kawan baik. Hubungan persahabatan terjalin bila ada keserasian bila bersama. Dalam setiap persahabatan itu, pasti ada pergaduhan tak kiralah teruk ataupun tak. Dari pergaduhan itu kita dapat tahu bahawa kita sayang atau tak kat kawan kita. Betul tak?

Jika diizinkan Allah S.W.T. , persahabatan kami akan kekal sampai bila bila.
INSYA ALLAH :)

Hasyimah Sahibul Anwar, Siti Najiihah Rashid, Nurshahirah Azlin Alias, Hanani Hisham, Wan Nur Fadhilah Meor Rosli. 

MIMPI DIA SEMALAM
Tuesday, 17 April 2012 | 03:41 | 0 comments
Assalamualaikum. Lama tak update cerita. Nasib baik blog ni tak berhabuk pui hahaha. Nak bagitahu ni, Semalam aku mimpi dia. Mimpi si dia. Alaaaaaaaa dia tuuuuuu... my crush tuuuu lah hihi. Before this, aku ada cakap aku nak lupakan perasaan ni tapi..tak boleh der. Semalam mimpi dia. Mimpi tu not bad ah. Yang aku ingat dalam mimpi tu, aku keluar jalan jalan dengan dia. Last last kantoi dengan kawan kawan girlfriend dia. Then dia kena marah ah sebab dia keluar dengan aku. Aku rasa time tu rasa sedih. Sedih sebab.... sebab apa eh? Tapi sedih lah! Sampai situ jelah aku ingat. Tapi, masa kitorang keluar jalan jalan, banyak duh sweet moment tapi sayang aku tak ingat sangat and itu cuma mimpi je.

Orang kata, kalau kita mimpi dia, orang tu sebenarnya rindu kat kita. Entahlah tapi kalau betul kan haaaaaaaa. Kalau betul, dia mesti rindu aku kan? Haha perasan gila aku ni! K sekali sekala perasan apa salahnya :P
Hmmmm aku rindu dia sangat. Tapi haritu dah jumpa sekejaaaaaaaaaaap je Terserempak je. Time tu dia hantar girlfriend dia pergi sekolah. Aku turun je dari kereta aku nampak dia kat pagar. Aku nampak dia senyum kat aku, tapi aku tak senyum balik kat dia sebaliknya aku jeling buat tak tahu. Gila apa nak senyum kat dia depan girlfriend dia. Dia pun satu, ada ke patut senyum kat perempuan lain depan girfriend dia, Bongoknyee kan?! Tapi lepas dah masuk dalam kawasan sekolah tu, aku senyum sorang sorang. Hihi. Alhamdulillah akhirnya aku dapat jugak tengok muka si itik tu. Eh siapa itik? Haha my crush lah :P
 I was like this lepas terserempak dengan dia.............


WELL...
Tuesday, 10 April 2012 | 23:15 | 0 comments


Old things